skgm.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN GONG MANAK
SK Gong Manak, 16700 Pasir Puteh, Kelantan. Tel : 09-6917126, Faks : 09-6917126
e-mel : skgm@zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | Album Kenangan | MAKMAL KOMPUTER |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan pejabat sekolah

Bangunan Makmal sekolah

Sekolah Kebangsaan Gong Manak telah diasaskan pada tahun 1956 oleh Wan Ab.Rahman bin Wan Mamat.  Sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rakyat.  Pada tahun1964, satu bangunan kayu telah dibina untuk menempatkan murid-murid belajar.  Pada tahun 1975 sebuah bangunan batu yang baru telah dibina.  Bangunan lama dan baru itu kekal sehingga sekarang.  Sekolah ini telah diambil alih oleh kerajaan pada tahun 1966 dan guru besar yang pertama ialah Tuan Hj Mahmood bin Tuan Muhamad.
Setelah diambil alih oleh kerajaan pada 1hb.Jun 1966, pada masa itu murid berjumlah 110 orang.  Manakala jumlah guru pula ialah seramai lapan orang.  Pertambahan murid tidaklah begitu ketara; jumlah murid sehingga sekarang ialah 264 orang.  Manakala jumlah guru pula ialah seramai 22 orang.  Guru besar sekarang ialah Encik Wan Abdul Aziz bin Wan Noh. 
Dari segi kurikulum murid sekolah ini pernah mencapai kejayaan 5A dalam peperiksaan penilaian darjah lima (PPDL) iaitu seramai dua orang.  Tahun lepas (2005) sekolah ini telah mencatat sejarah bilamana seorang daripada pelajarnya telah berjaya meraih kejayaan cemerlang sebagai salah seorang pelajar terbaik kelantan. 

Bangunan kantin sekolah

Bangunan Perpustakaan sekolah

Menjelang era tahun 2000, sekolah ini semakin berkembang maju.  Beberapa buah bangunan baru telah diperuntukkan oleh kerajaan kepada warga SKGM dimana sebuah mussalla, bangunan PRA, bangunan baru yang boleh menempatkan tiga bilik darjah dan menampung kira-kira 120 orang murid.  Makmal komputer juga telah didirikan demi kepentingan murid-murid sekolah ini ke arah celik IT agar setanding dengan murid-murid bandar.

Ramai bekas murid sekolah ini telah berjaya mencipta nama dalam pelbagai bidang, sama ada dalam sektor awam ataupun swasta.  Diharapkan SKGM terus meningkat maju seterusnya mampu menawan puncak dunia agar semua orang tahu kewujudan SKGM di negara kita seterusnya di mata dunia amnya.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: